Pages

Showing posts with label KHASIAT TUMBUHAN. Show all posts
Showing posts with label KHASIAT TUMBUHAN. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Limau Kasturi

Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa tumbuh di kawasan tropika.

sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.

 

 

 

 

(http://www.gempak.org)

1 . ubat batuk

limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih


2 . ubat demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


3. ubat ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


4 . ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.


5 . ubat lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.


6 . ubat kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.


7 . ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . ubat hilang minyak pada baju

Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


9 . ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.


10 . ubat kilatkan cermin mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

 

 

Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian anak pokok/pokok dewasa. Lokasi kami di Taman Muhibbah, Batu Arang.

Limau Nipis

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.


    

 

 

 

Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian anak pokok limau nipis. Lokasi kami di Taman Muhibbah, Batu Arang.

 


 

 

Monday, November 25, 2013

BELIMBING SEBAGAI PENAWAR

Terdapat pelbagai jenis belimbing yang telah Allah ciptakan untuk menjadi penawar & makanan berkhasiat ubatan. Mari kita lihat beberapa jenis belimbing. Info ini saya perolehi dari blog-blog yang berkongsi info mengenainya. Moga Allah merahmati dan memberkati usaha kita mencari penawar penyakit yang kita hadapi. 

Bila Allah turunkan penyakit buat kita sebenarnya Allah juga turunkan penawarnya hampir dengan kita, maka berusahalah untuk mendapatkannya. Insyaallah beroleh kesembuhan.


Perlu diingatkan, pokok berbeza & nama juga berbeza mengikut tempat. Ada yang dipanggil dengan nama yang sama tetapi pokoknya berbeza. Yang penting kenal, faham khasiatnya dan gunakan dengan yakin, kemudian bertawakkal pada Allah tentang kesembuhannya.


 

 

 _____________________________________________________________

Belimbing Tanah

 







Nama Botani : Tacca Cristata

Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili : Taccaceae

Pengenalan : 

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Khasiat dan Kegunaan : 

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.

Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

“Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.
“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.


Penyediaan dan Khasiat :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum
2 x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan melawaskan kencing.
2. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin dalam badan.
3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.
4. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.
Sebenarnya masih ada banyak lagi khasiat tumbuhan ini tetapi tidak kita ketahui. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenainya, anda adalah dialu-alukan untuk mengemukakannya kepada kami.



Nama Vernakular: Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Nama Saintifik: Tacca cristata Jack
Sinonim: Tacca integrifolia Ker Gawl
Kegunaan: Rawatan penyakit darah tinggi, buasir, menguatkan buah pinggang, gatal ulat bulu, dan membuang angin dalam badan.
Rujukan: Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)





 _________________________________________________________________________________

belimbing besi


Belimbing BESI
adalah tumbuhan penghasil buah berbentuk khas yang berasal dari Indonesia, India, dan Sri Langka. Saat ini, belimbing telah tersebar ke penjuru Asia Tenggara, Republik Dominika, Brasil, Peru, Ghana, Guyana, Tonga, dan Polinesia. Usaha penanaman secara komersial dilakukan di Amerika Serikat, yaitu di Florida Selatan dan Hawaii. Di Indonesia, buah ini menjadi ikon kota Depok, Jawa Barat, sejak tahun 2007.


Rasa gatal atau terdapat ruam: 
Pemetik daun belimbing besi sebagai rawatan.

Untuk merawat kulit yang gatal, anda perlu memetik daun belimbing besi yang boleh mengisi satu beg plastik yang besar. Basuh daun tersebut dan kemudian rebus dalam air yang telah ditambah garam. Rebus selama satu jam. Lepas itu, mandi dengan air rebusan itu. 

Biar air itu di kulit untuk seketika sebelum basuh.Insyaallah.

 _______________________________________________

 
belimbing buluh 

 


Info dari : http://caraobat.blogspot.com
Manfaat dan Khasiat Daun dan Buah Belimbing Wuluh:

Adapun khasiat dari belimbing wuluh adalah sebagai berikut.

1. Pengobatan jerawat

Untuk mengobati jerawat siapkan 3 buwah belimbing wuluh segar. Cuci hingga bersih. Buah diparut dan diberi sedikit garam. Tempelkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan 2 kali sehari. Atau siapkan 6 buah belimbing wuluh dan 1/2 sendok teh bubuk belerang, digiling halus lalu diremas dengan 2 sendok makan air jeruk nipis. Ramuan ini dipakai untuk menggosok dan melumas muka yang berjerawat. Lakukan 2-3 kali sehari.

2. Pengobatan Tekanan Darah Tinggi

Siapkan 3 buah belimbing wuluh dan biji sari gading 25gr yang sudah dicuci bersih. Biji sari gading ditumbuk halus. Masukan kedalam panci berisi 4 gelas air dan rebuslah bersama belimbing wuluh. Dinginkan lalu saring sebelum diminum. Cukup diminum 1 gelas sehari. Buah yang besar dan berwarna hijau diparut, ambil air nya dan diminum. Atau bisa juga dengan cara menyiapkan 3 buah belimbing wuluh yang dicuci lalu dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tinggal tersisa 1 gelas. Setelah dingin disaring, Minum setelah makan pagi.

3. Obat batuk 

Caranya: Daun, bunga, buah yang masing-masing sama banyaknya direbus dalam air yang mendidih selama 1/2 jam, dan minum air nya. Untuk batuk pada anak, ambilah 25 kuntum bunga belimbing wuluh, 1 jari rimpang temugiring, 1 jari kulit kayu manis, 1 jari rimpang kencur, 2 butir bawang merah, 1/4 genggam pegagan, 1/4 genggam daun saga, 1/4 genggam daun inggu, 1/4 genggam daun sendok, dicuci dan dupotong-potong seperlunya, direbus dengan 5 gelas air bersih sampai tersisa 2 1/4 gelas. Setelah dingin lalu disaring, diminum dengan madu seperlunya. sehari 3 kali 3/4 gelas.

4. Pengobatan Diabetes 

Sementara unutuk anda yang menderita diabetes, siapkan 6 buah belimbing wuluh, lalu dilumatkan, direbus dengan 1 gelas air sampai airnya tinggal setengah, Saring, minum 2 kali sehari.

5. Pengobat Gondongan 

Caranya: Setengah genggam daun belimbing wuluh ditumbuk dengan 3 bawang putih. Kompreskan pada bagiyan gondongan. 10 ranting muda belimbing wuluh berikit daunya dan 4 butir bawang merah setelah dicuci bersih lalu ditumbuk halus. Barurkan ketempat yang sakit.

6. Rematik 

Caranya: Segenggam daun belimbing wuluh dicuci, tumbuk sampai halus, tambahkan kapur sirih, gosokan kebagiyan yang sakit itu. 100 gr daun muda belimbing wuluh, 10 biji cengkih dan 15 biji merica dicuci lalu digiling halus, tambahkan cuka secukupnya sampai menjadi adonan seperti bubur. Oleskan adonan bubur tadi ketempet yang sakit. Atau bisa juga dengan cara menyiapan 5 buah belimbing wuluh, 8 lembar daun kantil (Michelia Champaca L.), 15 biji cengkih, 15 butir lada hitam, di cuci lalu ditumbuk halus, diremas dengan 2 sendok makan air jeruk nipis dan 1 sendok makan minyak kayu putih. Dipakai untuk menggosok dan mengurut bagiyan tubuh yang sakit. Lakukan dengan 2-3 kali sehari.

7. Pegal linu 

Caranya: Satu genggam daun belimbing wuluh yang masih muda, 10 biji cengkih, 15 biji lada, digiling halus lalu ditambahkan cuka secukupnya. Lumukan ke tempat yang sakit.

8. Panu 

Caranya: Sepuluh buah belimbing wuluh dicuci lalu digiling halus, tambahkan kapur sirih sebesar biji asam, diremas sampai rata. Ramuan ini dipakai untuk menggosok kulit yang terasa panu. Lakukan 2 kali sehari.



Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian anak pokok belimbing.
 

Limau purut




Citrus hystrix DC.

Keluarga :  RUTACEAE
Nama Tempatan : Limau Purut
Nama Inggeris : Ghosts Lime






CARA-CARA MENANAM

Membiak Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling anak pokok.

Jika menanam dalam pasu, sediakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Buat lubang dan masukkan anak pokok, rata dan padatkan permuka an keliling anak pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pada awal pagi dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun)

Baja urea dua kali setahun sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan.

Letak sungkupan daun-daun kering di keliling pokok sebagai sungkupan. Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.


KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah di lakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit. 

Apakah khasiat Limau Purut?



Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor).

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

Limau Purut Baik Untuk Rambut 




Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

NOR :     +6019 3399731 
(Lokasi : Batu Arang, Selangor)
p/s: hubungi saya jika anda mempunyai masalah untuk datang ke lokasi di atas.

Cepat!! dapatkan anak pokok @ pokok dewasa dengan harga yg menarik! Haraga bermula dari RM10