Limau Kasturi
Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi)
adalah berasal dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika,
ia dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia bisa
tumbuh di kawasan tropika.
sering dijadikan minuman sejuk bersama air batu. Ia dipercayai mampu
menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
(http://www.gempak.org)
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah
2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.
Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan
membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi
pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan
limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran
ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan
pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil
sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian,
picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda
menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil
sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik
jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi
tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak
mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu
sekali.
6 . ubat kurus
Perahan
limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap
hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam,
kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut
anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan
mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas
bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh
sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air
limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala
lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan
sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi
tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada
bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama
5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali,
barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam
biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil
beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh
kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih.
Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa
pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin
mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau
hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih
lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2
kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat
& jelas lebih lama.
Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian anak pokok/pokok dewasa. Lokasi kami di Taman Muhibbah, Batu Arang.
No comments:
Post a Comment