Citrus hystrix DC.
Keluarga : RUTACEAE
Nama Tempatan : Limau Purut
Nama Inggeris : Ghosts Lime
CARA-CARA MENANAM
Membiak Limau senang dibiakkan
melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika
dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.
Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m
x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate
dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling
anak pokok.
Jika menanam dalam pasu, sediakan
tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1
bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2
inci) dari permukaan pasu. Buat lubang dan masukkan anak pokok, rata dan
padatkan permuka an keliling anak pokok.
PENJAGAAN
Siram anak pokok pada awal pagi
dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan
dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi
peringkat tumbesaran (1-3 tahun)
Baja urea dua kali setahun
sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok
dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan.
Letak sungkupan daun-daun kering
di keliling pokok sebagai sungkupan. Cantasan dilakukan untuk membuang tunas
air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.
KAWALAN RUMPAI
Bagi pokok-pokok muda,
kerja-kerja merumput hendaklah di lakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul
dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai
secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.
KAWALAN PEROSAK DAN
PENYAKIT
Kutip dan musnahkan serangga
perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.
Apakah khasiat Limau Purut?
Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif
berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti
bacteria dan banyak lagi.
• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat
menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.
• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak
limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat
mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling
ruang dalam rumah atau pejabat (kantor).
• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.
Limau Purut Baik Untuk Rambut
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut.
Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala.
Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa
kelumumur.
p/s: hubungi saya jika anda mempunyai masalah untuk datang ke lokasi di atas.
Cepat!! dapatkan anak pokok @ pokok dewasa dengan harga yg menarik! Haraga bermula dari RM10
NOR : +6019 3399731
(Lokasi : Batu Arang, Selangor)p/s: hubungi saya jika anda mempunyai masalah untuk datang ke lokasi di atas.
Cepat!! dapatkan anak pokok @ pokok dewasa dengan harga yg menarik! Haraga bermula dari RM10
No comments:
Post a Comment