Inai
Pokok Inai – Lawsonia Inermis
Pokok inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung.
Khasiat daun inai
Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya.
Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke
India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari
India.
Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah
digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila
mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu
dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid
henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan
berwarna merah.
Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik
akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan
rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik,
palmitik, asid oleik dan linoleik.
Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian pokok Inai.
No comments:
Post a Comment