MISAI KUCING
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh
setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna
putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun
pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan
buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang.
Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan
adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang
berlebihan dalam badan.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan
penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya
yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion,
rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati,
flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.
Misai kucing
telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci
darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh
mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi
kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium
dari badan semasa pembuangan air kencing.
Ia juga tidak mendatangkan
masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat
juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit
batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis
(capillary dan masalah peredaran darah),
Terkenal juga dengan khasiatnya
untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah,
menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle
pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya..
Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk mendapatkan info lanjut mengenainya & stok anak pokok boleh diperolehi di lokasi kami, Batu Arang Selangor dengan harga serendah RM5.
No comments:
Post a Comment