Terdapat pelbagai jenis belimbing yang telah Allah ciptakan untuk menjadi penawar & makanan berkhasiat ubatan. Mari kita lihat beberapa jenis belimbing. Info ini saya perolehi dari blog-blog yang berkongsi info mengenainya. Moga Allah merahmati dan memberkati usaha kita mencari penawar penyakit yang kita hadapi.
Bila Allah turunkan penyakit buat kita sebenarnya Allah juga turunkan penawarnya hampir dengan kita, maka berusahalah untuk mendapatkannya. Insyaallah beroleh kesembuhan.
Perlu diingatkan, pokok berbeza & nama juga berbeza mengikut tempat. Ada yang dipanggil dengan nama yang sama tetapi pokoknya berbeza. Yang penting kenal, faham khasiatnya dan gunakan dengan yakin, kemudian bertawakkal pada Allah tentang kesembuhannya.
_____________________________________________________________
Nama Botani : Tacca Cristata
Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Famili : Taccaceae
Pengenalan :
Belimbing tanah adalah sejenis pokok
herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya
agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau
tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna
ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh
mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan
lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.
Khasiat dan Kegunaan :
Tumbuhan ini agak popular
dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar
tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah
tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita
selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini,
air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus)
dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula
boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena
ulat bulu.
POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara
meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan
lapang.
Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini
adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna
hijau.
Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains
UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah
penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini
dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah
tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar
untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih
kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila
penggunaannya diamalkan selalu.
“Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika
kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,”
katanya.
Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun
belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam,
tapiskan air sebelum diminum.
“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya.
Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.
Penyediaan dan Khasiat :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum
2
x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir,
kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan
tenaga dan melawaskan kencing.
2.
Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan
dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin
dalam badan.
3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.
4.
Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok
Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan
diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.
Sebenarnya
masih ada banyak lagi khasiat tumbuhan ini tetapi tidak kita ketahui.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenainya, anda adalah dialu-alukan
untuk mengemukakannya kepada kami.
Nama Vernakular: |
Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak |
Nama Saintifik: |
Tacca cristata Jack |
Sinonim: |
Tacca integrifolia Ker Gawl |
Kegunaan: |
Rawatan penyakit darah tinggi, buasir, menguatkan buah pinggang, gatal ulat bulu, dan membuang angin dalam badan. |
Rujukan: |
Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.
Musa Yaacob, Azimah
Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular
Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) |
_________________________________________________________________________________
Belimbing BESI
adalah tumbuhan penghasil buah berbentuk khas yang berasal dari Indonesia, India, dan Sri Langka. Saat ini, belimbing telah tersebar ke penjuru Asia Tenggara, Republik Dominika, Brasil, Peru, Ghana, Guyana, Tonga, dan Polinesia. Usaha penanaman secara komersial dilakukan di Amerika Serikat, yaitu di Florida Selatan dan Hawaii. Di Indonesia, buah ini menjadi ikon kota Depok, Jawa Barat, sejak tahun 2007.
Rasa gatal atau terdapat ruam:
Pemetik daun belimbing besi sebagai rawatan.
Untuk merawat kulit yang gatal, anda perlu memetik
daun belimbing besi yang boleh mengisi satu beg plastik yang besar. Basuh daun tersebut dan kemudian rebus dalam air yang telah
ditambah garam. Rebus selama satu jam. Lepas itu, mandi dengan air
rebusan itu.
Biar air itu di kulit untuk seketika sebelum basuh.Insyaallah.
_______________________________________________
Info dari : http://caraobat.blogspot.com
Manfaat dan Khasiat Daun dan Buah Belimbing Wuluh:
Adapun khasiat dari belimbing wuluh adalah sebagai berikut.
1. Pengobatan jerawat
Untuk mengobati jerawat
siapkan 3 buwah belimbing wuluh segar. Cuci hingga bersih. Buah diparut
dan diberi sedikit garam. Tempelkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan 2
kali sehari. Atau siapkan 6 buah belimbing wuluh dan 1/2 sendok teh
bubuk belerang, digiling halus lalu diremas dengan 2 sendok makan air
jeruk nipis. Ramuan ini dipakai untuk menggosok dan melumas muka yang
berjerawat. Lakukan 2-3 kali sehari.
2. Pengobatan Tekanan Darah Tinggi
Siapkan 3 buah belimbing
wuluh dan biji sari gading 25gr yang sudah dicuci bersih. Biji sari
gading ditumbuk halus. Masukan kedalam panci berisi 4 gelas air dan
rebuslah bersama belimbing wuluh. Dinginkan lalu saring sebelum diminum.
Cukup diminum 1 gelas sehari. Buah yang besar dan berwarna hijau
diparut, ambil air nya dan diminum. Atau bisa juga dengan cara
menyiapkan 3 buah belimbing wuluh yang dicuci lalu dipotong-potong
seperlunya, direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tinggal tersisa 1
gelas. Setelah dingin disaring, Minum setelah makan pagi.
3. Obat batuk
Caranya: Daun, bunga,
buah yang masing-masing sama banyaknya direbus dalam air yang mendidih
selama 1/2 jam, dan minum air nya. Untuk batuk pada anak, ambilah 25
kuntum bunga belimbing wuluh, 1 jari rimpang temugiring, 1 jari kulit
kayu manis, 1 jari rimpang kencur, 2 butir bawang merah, 1/4 genggam
pegagan, 1/4 genggam daun saga, 1/4 genggam daun inggu, 1/4 genggam daun
sendok, dicuci dan dupotong-potong seperlunya, direbus dengan 5 gelas
air bersih sampai tersisa 2 1/4 gelas. Setelah dingin lalu disaring,
diminum dengan madu seperlunya. sehari 3 kali 3/4 gelas.
4. Pengobatan Diabetes
Sementara unutuk anda
yang menderita diabetes, siapkan 6 buah belimbing wuluh, lalu
dilumatkan, direbus dengan 1 gelas air sampai airnya tinggal setengah,
Saring, minum 2 kali sehari.
5. Pengobat Gondongan
Caranya: Setengah
genggam daun belimbing wuluh ditumbuk dengan 3 bawang putih. Kompreskan
pada bagiyan gondongan. 10 ranting muda belimbing wuluh berikit daunya
dan 4 butir bawang merah setelah dicuci bersih lalu ditumbuk halus.
Barurkan ketempat yang sakit.
6. Rematik
Caranya: Segenggam daun
belimbing wuluh dicuci, tumbuk sampai halus, tambahkan kapur sirih,
gosokan kebagiyan yang sakit itu. 100 gr daun muda belimbing wuluh, 10
biji cengkih dan 15 biji merica dicuci lalu digiling halus, tambahkan
cuka secukupnya sampai menjadi adonan seperti bubur. Oleskan adonan
bubur tadi ketempet yang sakit. Atau bisa juga dengan cara menyiapan 5
buah belimbing wuluh, 8 lembar daun kantil (Michelia Champaca L.), 15
biji cengkih, 15 butir lada hitam, di cuci lalu ditumbuk halus, diremas
dengan 2 sendok makan air jeruk nipis dan 1 sendok makan minyak kayu
putih. Dipakai untuk menggosok dan mengurut bagiyan tubuh yang sakit.
Lakukan dengan 2-3 kali sehari.
7. Pegal linu
Caranya: Satu genggam
daun belimbing wuluh yang masih muda, 10 biji cengkih, 15 biji lada,
digiling halus lalu ditambahkan cuka secukupnya. Lumukan ke tempat yang
sakit.
8. Panu
Caranya: Sepuluh buah
belimbing wuluh dicuci lalu digiling halus, tambahkan kapur sirih
sebesar biji asam, diremas sampai rata. Ramuan ini dipakai untuk
menggosok kulit yang terasa panu. Lakukan 2 kali sehari.
Hubungi 019 3399731 (Nor) untuk pembelian anak pokok belimbing.